Monday 3 December 2012

Please...Don't Say This Word

.....MANDUL.....

Hati wanita mana yang tidak terguris tatkala dituduh sebagai mandul..Adakah kerana tidak bunting pelamin aku dilabel mandul?? Adakah kerana tidak mengandung selepas ovulasi yg pertama selepas kahwin aku dilabel mandul??

Kenapa begitu kejam tanggapan masyarakat terhadap diriku..Aku tidak bersalah..

Ya Allah..Kurniakanlah hati yang tabah kepadaku untuk menepis segala tanggapan dan cacian orag terhadap diriku..

p/s: AKU itu bukan Ana..hanyalah bunga bahasa (tak tahu nk letak apa)

Entri ini ditulis berdasarkan conversation diantara seorang cucu (C) dan neneknya (N)..

N : Ko cuti ari ni?
C : Iye..Letih..Hari sabtu sibuk memasak dan mengemas utk Pya merisik..Hari ahad pagi-pagi da pg kelas lepas tu terus balik kg MIL..So ari ni terpaksa cuti

Lalu si auntie (I)pn menyampuk...

I : Mak ko kata ko mengandung? Asyik pening kepala jer..
C : Isy mana ada mengandung..badan tak sihat jer..berjangkit dr org sakit ler..
N : Apesal ko tak mengandung lg? (ok cucu da mula sentap disitu..)
C : Da tak mengandung nak buat mcm mana?
N : Ko jgn nak makan-makan ubat tahan mengandung yer..Ko suka orang kata ko MANDUL?? Ko nk mak mertua ko carikkan bini baru utk suami ko?? Ko suka macam tu??
C : Berlari ke bilik sambil menutup pintu lalu mengenang nasib sambil mengusap perut didepan cermin dan berkata "baby mama belum bersedia nak bersama mama lg kan?tak pe mama tunggu.."

Sejak akhir-akhir ni mmg Ana mudah terasa jiwa ni terlalu fragile..mudah terhiris jika ada yg mengguris..sejak Ana putuskan untuk mempunyai zuriat dalam entri INI aura positif yg dibina dalam diri ini semakin dipengaruhi oleh aura negatif..

Mula-mula memasuki alam perkahwinan mmg rasa gembira sekiranya Miss P muncul..tetapi kini Miss P menjadi musuh utama..perasaan marah tiba-tiba datang..kenapa KAU muncul?? aura negatif semkain memuncak..ye disitu kita tidak mensyukuri nikmat tuhan..Allah bagi kita cuti kan?kenapa nak marah?itu menandakan kita sihat..kita masih menghasilkan telur..bermakna kita masih ada peluang untuk mengandung bukan?

"Da ada isi belum?" dulu pertanyaan ini akan dijawab dengan tenang oleh sy "Maaf sy merancang tunggu habis belajar dulu yer"..tetapi kini tidak lagi..sekiranya ada yang bertanya sy akan jawab "Belum ada rezeki..tengah berusaha keras" sambil buat senyuman nk menangis..

Ya sejak saya putuskan untuk memiliki zuriat hati saya mudah tersentuh dengan pertanyaan dan gurauan sinikal..Tolonglah fahami hati wanita..

Saya tidak memarahi si nenek kerana saya tahu dia hanya menasihati dan menyayangi saya..

Semalam first day Miss P bertandang..selepas 31 hari dr hari pertama Miss P yg lepas..tak pernahnya dia buat surprise mcm ni..ingat da berisi rupa-rupanya masih lg berisi perut..huhu

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..Sentiasalah berdoa padaNya..


Mr Google


p/s : entri ini ditulis dgn sedikit emosi

4 comments:

Nisah Idham said...

salam dik..
belum smpi rezekinya lagi..

postifkan mnda ye, buangkan semua yang negatif.. biarlah masyarakat nak kata apapun ???
xde perkahwinan yg xperlukan anak.. bukankah itu salah satu sebab mengapa kita berkahwin, utk memenuhi tuntutan naluri seorang wanita ??

orang cume bole bercakap je dik, orang boleh sibuk duk mengata je.. sbb hal ni tak berlaku kat mereka. cer kalau terkena sndiri. mesti mulut terkunci..

Adriana said...

thanx kak bg kata-kata nasihat..betul tu sy kena sedut balik aura positif yg semakin terbang..

Unknown said...

tak ada anak pun boleh bahagia...masih awal usia perkahwinan tu..jgn terlalu memikirkan..tenang saja..ingat Allah ..yes...akak dah rasa....dan akak dah lalui pengalaman itu..marah dan berdendam tak selesaikan masalah...

Adriana said...

tu la kak kadang2 org sekeliling ni yg buat kite stress...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink