Wednesday 26 December 2012

Segmen : Memori 2012 Terpahat Di Ingatan


Ana telah ditag oleh Nurul Akmal untuk join segmen ni.

Memori 2012 yg terpahat diingatan? 
Mestilah banyakkkkkk..................2012 meninggalkan banyak memori yang indah..


1. Saya Farhana telah menjadi isteri yang sah kepada Rizaldi pada 25.5.2012. Syukur Ya Allah Engkau telah permudahkan urusan kami.


2. Impian Ana untuk naik kapal terbang juga tercapai...Terima kasih kat sang arjuna coz sudi bawa saya naik kapal terbang. Selama 25 tahun bernafas dibumi Allah tepat 16.7.2012 jam 13.55 saya naik kapal terbang saya yg pertama Air Asia..


Taraaa...jauhkan sit kami..maklumla first time naik kapal terbang lambat check in..

Muka excited dapat naik kapal terbang


Cik Abang saya juga puas

3. Bercuti bersama yg tersayang di Langkawi...Memandangkan pengalaman pertama kami naik kapal terbang bersama jadi kami memilih destinasi percutian yg berdekatan iaitu Langkawi.


Landmark yg wajib diterjah sebagai bukti berada di Langkawi..huhu


Hotel yg kami duduk. One Hotel Helang. Sebelah je dgn airport


Island Hopping yg best

Alhamdulillah tahun 2012 meninggalkan kenangan yang amat manis buat kami suami isteri. Perancangan kami berjalan dengan lancar. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya kami hanya merancang Engkau yg menentukanNya.

Ana nak tag Che Fatihah dan Intan Akma

Sunday 23 December 2012

Puan Mengandung Ke?

Hari Jumaat yg lepas Ana telah diserang demam panas secara tiba-tiba. Bangun pagi tu da rasa lain macam. Tapi hujung tahun adalah bulan yg mencabar, gagahkan juga diri ni dtg opis. Lepas balik kerja baru singgah hospital kat Kg Baru utk ambil ubat. Oleh kerana keesokkannya adalah hari sabtu maka, malasla untuk berjumpa doktor, hanya mengambil ubat sahaja (jumpa doktor hanya bila da teruk dan untuk dapatkan MC). 

Maka nurse pun tanya ubat apa yang Ana nak.

Nurse : Puan nak ubat apa?
Ana : Ubat demam, ubat batuk, ubat sakit badan, ubat sakit tekak, ubat tahan muntah dan cream panas.
Nurse : Urmm..puan mengandung ke?
Ana : Sambil tercengang..tak..tak mengandung..
Motif? Mungkin kerana Ana telah meminta ubat tahan muntah.
Ubat tahan muntah tu just satndby coz next week nk pi hantar adik sepupu bertunang kat JB. Almaklumla kadang-kadang jalan jauh ni boleh buat kita rasa pening and nk termuntah.

Kat rumah pun adik beradik dok menyakat kata Ana mengandung. Alhamdulillah syukur sangat-sangat kalau  betul jadi. Tapi apakan daya Miss P lg seminggu nk say hello.

p/s : sekarang musim orang demam



Special Appreciation To Blog Cik Rose Cute


Jutaan terima kasih kepada Kak Rose kerana sudi mengambil tempahan Ana. Sungguh pantas Kak Rose mengedit blog Ana. 20.12.2012 Ana email, 21.12.12 Kak Rose da selesaikan semuanya. Yeay!!! Blog Ana  da cantik.

Sepatutnya entri ini Ana nk post hari jumaat lepas tapi telah diserang demam panas. Baru berkesempatan nk post.

Terima kasih juga kepada follower yg dtg dr blog Cik Rose Cute. Ana akan balas kunjungan anda semua dan follow anda kembali.

p/s : ada yg menggunakan G+ menyebabkan Ana tidak dapat masuk ke blog mereka. Maaf sesangat Ana tak berapa nak celik IT..Mungkin ada cara lain untuk Ana terjah kembali tetapi tidak diketahui caranya.

Wednesday 19 December 2012

Layan Movie The Hobbit

Semalam Ana dapat pelepasan balik awal..Ada kebocoran gas aircond dekat level Ana bekerja..Secara kebetulan pagi sebelum kejadian kami ada fire drill. Mulanya ingat asap yang ada tu adalah lebihan dari latihan tersebut. Tapi makin lama makin banyak dan berkepul-kepul membuatkan kita sakit tekak, hidung dan pening kepala.  Kami pun call pihak admin dan maintenance dan mereka mengesahkan ada kebocoran. Jadi bos kami pun beri pelepasan untuk pulang awal..

Disebabkan malas nak balik awal, Ana and member pergi la tgk wayang..Memandangkan cerita ni sahaja yg  menepati masa kami, maka tgk la cerita The Hobbit ni..Dan semalam juga cerita ini betul-betul menguji tahap penguasaan Bahasa Inggeris Ana kerana tiada subtitle..Nasib member da tgk, jd dia tlg explain part mana yg Ana tak faham.

Ini lah Hobbit..

Thorin - Yg nak merampas kembali istana beliau yg telah dijajah oleh seekor naga

The dwarves - Antara watak-watak utama

Ahli sishir yg byk bantu Gandalf

Gandalf yg membantu Thorin

sumber gambar dr website the hobbit

The Hobbit ini juga adalah kisah permulaan bagi cerita The Lord of The Ring. Jadi, pada peminat setia cerita TLOTR jangan lepaskan peluang untuk menonton cerita ini.
Anda akan tahu bagaimana cincin yg menjadi rebutan itu ditemui.

p/s : sy bukan peminat TLOTR jd kurang memahami cerita ini



Terasmi Jua


Kad Diskaun Siswa..Member Ana tolong ambilkan dekat fakulti business..Tak sangka pun dapat kad ni sebab dgr cerita hanya untuk fulltime student sahaja..Jadi tak letak la harapan untuk ambil kad ni.
Tiba-tiba hujung bulan lepas dia bagi dekat Ana kad ni..Kita pun apalagi terima dengan tangan terbuka je la..
Dan semalam dengan rasminya telah meggunakan kad ni..Saje nak cuba..
Tanya akak cashier tu boleh tak guna kad diskaun siswa ni,die pn jawab boleh...
Kita pun apalagi hulur la kad..Sape yg tak suka diskaun kan?


Tara....Ini lah buktinya..dapat diskaun 5%

Terdapat banyak company yang terlibat dalam pelaksanaan kad ni..
Banyak manfaat kad ini..
Check it out website INI

p/s : Adik Ana part time UTM tak dapat kad ni..huhu die jealous


Huda Syafiqah's 1st Giveaway


Ana telah di tag oleh Ayu Insyirah untuk GA ini...
Jadi Ana telah melapangkan masa utk join jgak..
Follow blog and like sponsor-sponsor utk GA ni-DONE
Tag 3 orang rakan anda...Ana tag Che FatihahNurul Akmal dan Intan Akma-DONE
Terdapat pelbagai hadiah yg disediakan untuk para peserta...
Jom join ramai-ramai

Tarikh tutup : 5.01.2013


p/s : internet agak slow ari ni

Monday 17 December 2012

Cintai Isterimu


Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu 


Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk              

syurga bersamamu


Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu



Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu



Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana









Think Positive...Isnin Adalah Hari yg Gembira





Breakfast Nasi Lemak...Home made cooking..Campak-campak saja...

Sambil-sambil tu, jom layan cerita hujung minggu Ana........

Hari sabtu dan ahad adalah hari yang paling sibuk..Memandangkan tahun depan ramai ahli keluarga Ana yang akan buat ubah status relationship mereka makanya........dihujung-hujung tahun ni mmg elok la utk cari segala kelengkapan untuk majlis itu..

Sebagai orang yg ada pengalaman..huhu...maka Ana and sis teman la adik kami yg akan bertunang pada tahun depan untuk beli barang-barang...

Misi pencarian ini tidak lain dan tidak bukan,sudah tentu di Jalan TAR..Bagi Ana,dekat KL ni da banyak kedai yang murah-murah,kita kena pandai cari..Jadi Ana sendiri tak pergi survey dekat Nilai, Ayer Hitam...Dulu time my sis and bro kahwin disanalah tempat kami membeli segala kelengkapan..tapi kini tidak lagi...selain menjimatkan masa ia juga menjimatkan tenaga..wakakaka..ini adalah statement org malas yer..but seriously,kat sini pn harga lebih kurang juga..

Boleh rambang mata ok kalau pergi kat situ..mana taknya semua kedai buat SALE!!! Oh My Duit...Kalau ada credit card mmg rasa nak swipe2 jer...tp Alhamdulilah..sebab tu tak pakai credit card..hahaha

Sangat murah..kedai pertama yg kami masuk adalah MAYA Silk..

Ni lah budak yg tak sabar nk kahwin tu


Letih menuggu kerana bukan beli barang saya..haha


Pengantin lama with our auntie aka IBU


Bersungguh-sungguh akak tu balut


Tara...first choice..errmmmm

Sejam kami disini..ada dua tiga color yg akak tu keluarkan namun tidak berjaya menambat hati yang diraikan..sokay..akak kamu ni mmg suka jalan-jalan..next

Next kami pergi ke Gulatis..

We are here...layanan superb

Kami mmg suka layanan di Gulatis..dr time Ana smpai la adik yg sorg ni..even kami memilih pakej yang murah,dia tetap memberikan layanan yg tidak belah bahagi..setia melayan kami..sejam jugak kami disini..haisy..mengimbau kenangan betul..rindu time2 macam ni


First choice..peach + pink ketam..sy suka tp dia tak suka


Second choice..Hijau turqoise..warna yg Ana idamkan..huhu..tu..abg yg setia melayan kami..thanx yer abg..sgt baik layanan yg diberikan

Alhamdulillah..kat sini berakhir misi pencarian kain kami..Adik Ana memilih hijau turqoise..tp bukan dalam gambar tu..lain sikit tp lebih kurang jer..

Next kami mencari telekung, sejadah dan songkok..senang beli semua barang disatu tempat..kalau beli barang time hujung minggu skill tawar-menawar harus diasah yer..kerana kadang2 dorg akan letak harga yg tinggi..jgan mengalah sampai kita puas hati..tiada gambar kerana da letih..

Alhamdulillah..barang-barang yg nk dibuat hantaran telah selesai..next mission utk DIY barang-barang hantaran pula..

Setelah selesai, kami pergi MAKAN pulak..pilihan NZ wangsa maju

Maggi goreng + Ayam Goreng + Milo Suam..errghhh Alhamdulillah..time kasih ye adik kenyang

Sebelum tutup entri...kita posing dulu

Posing jap..


Lagi satu..posing

Walaupun letih, tp seronok..Yg buat muka bosan dah tentu lah para pria..nasiblah..



Wednesday 12 December 2012

K&N 1st GA: Azam Tahun Baru 2013 Anda

Ni adalah GA yg pertama utk blog Niesa dan Keyrah..
Menariknya mereka tanya azam tahun baru 2013..
Jom check it out apa azam tahun baru Ana




Azam Tahun Baru 2013 akak ialah :
2013 adalah tahun akhir akak sebagai pelajar part time Degree in Finance jd besarlah harapan akak utk menamatkan pengajian akak dgn jayanya

Hadiah yg akak suka ialah:
Memandangkan kena pilih paling suka akak pilih NO.2-Bawal

Jom join beramai-ramai
Tarikh tutup 13.1.13


Tuesday 11 December 2012

Tulang Belakang di Hari Bersejarah Ana

Entry ini dibuat khas untuk mengucapkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga dikalangan vendor-vendor yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yg tidak tehingga bagi menjayakan majlis bersejarah Ana..Dulu tiada blog,kini Ana ingin berkongsi dengan rakan-rakan alam maya vendor yg telah Ana gunakan..
Bukan tujuan untuk puji melambung tapi bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa..mereka telah memberikan 100% komitmen kepada Ana dan family..

Kalau ada sumur diladang boleh saya tumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang kita jumpa lagi...

Saya telah menggunakan khidmat Bro Azam sekali lagi untuk majlis bersejarah saya..Dari Ana bertunang, kakak Ana bertunang, Ana nikah dan sanding Ana setia menggunakan khidmat Bro Azam..sangat punctual..pkul 11 kita suh dtg kul 10.45 da terpacak dpan rumah..yeay..email respon sgt pantas..cakap je kita nk tema macam mana tiada masalah..tp Ana tak pernah request tema2 ni..Bro Azam yg byk bantu utk dpatkan shoot yg menarik utk disimpan sebagai kenangan..Harga yg sgt berpatutan bagi pengantin bajet macam Ana..Terima kasih yg tak terhingga kpd Bro, kerana telah menjalankan tanggungjawab dgn jayanya..InsyaAllah tahun depan kita jumpa lg yer Bro...(and again..my lil sis tunang pn akan guna khidmat Bro Azam..rase da mcm family's photog plak)..lets check it out..


Saya juga telah menggunakan khidmat MUA Kak Um yang sangat gojes..Hasil Kak Um membuatkan ramai yang memuji saya dihari tersebut..sy guna khidmat kak um untuk nikah dan sanding..Sumpah!!Hilang perasaan nervous yang diganti dgn satu keyakinan utk berarak dimajlis sendiri..kak um juga seorang yg pantas mereply segala mesej..terima kasih hot mama Kak Um (and again..my lil sis pn akan gna khidmat Kak Um utk menata rias wajah beliau..)

Fb: Umzarul Makeup (sebelum kak um bersalin..skang da selimmm)

Saya juga telah menyarungkan busana persandingan dan pelamin dr butik Kak Leez yang sangat baik..Sanggup merialisasikan impian kami untuk mengguna pelamin inspired by pelamin Nabil Raja Lawak (Kak Leez sponsored pelamin Nabil)..terima kasih Kak Leez n crew yg sanggup menyengkang mata untuk menyiapkan pelamin kami..layanan yg sgt baik sepanjang bekerjasama dgn kak leez..dr my sis yg sulung sampai la sy kami telah menggunakan khidmat kak leez..kerana beliau adalah kakak sepupu kami..


Majlis RATU sehari saya juga diserikan dengan handbouqet yg menonjol..Series..HB saya berjaya menambah seri RATU sy..sy terjumpa fb fazila ketika godek2 fb dan terpaut dgn hasil sentuhan tgn beliau dlam mengubah HB..itulah kuasa internet..menghubungkan kita dgn pelbagai orang..thanx Fazila..HB you bertahan seminggu..



Thanx Ayu for your welcomeboard yg ohsem..dua2 WB tu sy order dr Ayu..again sy jumpa di fb


Makanan juga tidak ketinggalan dipuji..Alhamdulillah makanan yg dihidangkan berjaya membuat para tetamu yg bertandang kekenyangan dan cukup untuk semua..ramai yg memuji makanan dihari kejadian..terima kasih uncle Zainal..
Google: ZZ Jaya Catering

Tidak ketinggalan juga DJ yg sudi memeriahkan para tetamu sy..Abg Ghazali lagu-lagu anda berjaya menambat hati ayahanda sy..


Akhir sekali kepada ahli keluarga saya yg bertungkus lumus dr mula hingga ke majlis selesai..TERIMA KASIH tak tehingga..Sy sayang anda semua..

Monday 10 December 2012

Segmen Pencarian Blogger Baru


Blogger Aisyah Humaira buat segmen untuk blogger yg mempunyai follower tak lebih dari 1,000 orang..
Blog Ana ni pula bukan tak cecah 1,000, 100 orang pun tak sampai..

Follower setakat ini ada 74 orang..terima kasih tak terhingga kerana sudi jadi follower sy..
Due date segmen ni : 31.12.12

Jom join ramai-ramai

Rahsia Zikir

Sumber : Fb Sham Kamikaze

Allahuakbar..

Google

Zikir yg boleh kita amalkan..Amalkan setiap hari selepas solat, ketika memandu, membuat kerja..
InsyAllah..Selamat beramal..

1st Giveaway by CIKJI


Jom join 1st Give away dr blog CIKJI
Tarikh tutup 31.12.2012

Ada pelbagai hadiah menanti!!


Menarik bukan? Ayuh...


Friday 7 December 2012

Penghibur Di Kala Duka

Sungguh...ketawa kanak-kanak dapat melenyapkan segala kepahitan..
Keletah mereka mengundang tawa..senakal-nakal mereka, mereka lah penghibur dikala duka..
Ada saja yang nak diperkata untuk mencuri tumpuan...


Flower Bogurl's Team


Segak tak kami?


Amir


Anas


Arif (ooppss tak siap lg la sy...)


Nia

Aleesya (Future Flower Bogurl's Team)


The complete 5


Lihat lah keletah mereka


Bila bosan bertandang


Nia n fren





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink