Alhamdulillah hari ahad yg lepas genap 7 minggu usia kehamilan. Semalam juga dapat MC disebabkan morning sickness yg bru pertama kali dirasai...
Mmmmmm macam mana ek nk cakap rasa morning sickness tu..die sakit kepala sekejap2 pastu muntah air tp tak teruk dan perut rasa sebu dan ada perasaan nk muntah.ha mcm tu lah..mula2 tak tau tu tanda morning sickness sebab sebelum ni tak dek perasaan mcm tu, pergi hospital kat kg baru then bercerita la kat doktor apa yg Ana rasa, doktor pn picit bahagian perut, takut gastrik lpas tu doktor tanya Ana sakit tak bile die tekan, Ana pn jawab tak sakit cuma rasa nk muntah bile die tekan..die pn senyum kambing then cakap its normal..da start nk kena morning sickness..oooooo yeke
Pagi ni Ana rasa bertenaga skit dr semalam..ari ni cuma light2 pening..
Kuantiti makanan dlam pinggan semakin berkurangan akibat perasaan nk muntah bila tgk makanan tu..tp perut tetap rasa lapar..nk tak nak haruslah makan dgn kerap..
Ana juga perasan yg Ana tak boleh bau sotong..sama ada tgh masak, lauk sotong dipanaskan ke or makan sotong..secara automatiknya tekak akan kembang dan kepala akan pening tahap maximum..Alhamdulillah makanan lain masih lg boleh diterima..
Dalam hati masih lg terdetik perasaan risau selagi tak dapat lihat janin kita membesar..bukan tak percaya dgn doktor yg mengesahkan kehamilan melalui UPT tp pelbagai kemungkinan boleh terjadi kan?
Kini dalam setiap doa, Ana sentiasa berharap zuriat dalam rahim ini akan membesar dgn baik dan sempurna..Allah telah makbulkan doa Ana..akan Ana jaga amanah dr Allah ini dgn baik.semoga Ana diberi kesihatan yg baik utk memberikan zat dan vitamin yg cukup utk janin ini membesar.