Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Monday, 10 December 2012

Rahsia Zikir

Sumber : Fb Sham Kamikaze

Allahuakbar..

Google

Zikir yg boleh kita amalkan..Amalkan setiap hari selepas solat, ketika memandu, membuat kerja..
InsyAllah..Selamat beramal..

Thursday, 29 November 2012

Doa Dimurahkan Rezeki

Rezeki yang Allah berikan tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. tapi juga dari segi kesihatan yang baik, tidak terlibat dalam kemalangan, dipermudahkan urusan pekerjaan, kenaikan pangkat, keputusan peperiksaan yang cemerlang,  dan macam-maca lagi..


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Selamat Beramal..



Friday, 16 November 2012

Doa Untuk Mendapatkan Zuriat

Salam...hari ni nk share doa untuk mendapatkan zuriat...

Mula2 kahwin dulu ana n husband mmg buat family planning coz ana still study..n ana ni jenis yg xnk terburu2...takut tak terkejar...
Tp bile di pikir2 kembali next year is my final year as student (InsyaAllah)...niat utk memiliki zuriat sendri semakin berkobar2..perasaan tu dtg ketika first day hari raya puasa...Allah Maha Besar...tiba2 terselit satu perasaan yg xtau mcam mna nk describe,coz last ramadhan mmg kami ada berbincang mengenai hal ni and my husband pn cakap bnda yg sama...hihihihi
Anak ni pembawa rezeki, amanah dr Allah...so khilaf ana coz x mencuba dr awal..huhuhu

So semenjak waktu itu,ana n husband sentiasa berdoa kpd Allah utk memberi zuriat kpd kami...mungkin belum rezeki kami lg...tp,usaha tangga kejayaan kn..

Mari kita sama-sama amalkan:

1. Surah Al-'Imran Ayat 27;



Maksudnya : "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".


2. Surah Al-'Imran Ayat 38;

Maksudnya : Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.


3. Surah Al-Anbiya' Ayat 89;


Maksudnya : Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

Sumber : Mr Google



Sumber : Azam Hashim Photography (My OP)



   p/s: Ya Allah semoga kami dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah..Amin




   

Friday, 2 November 2012

Doa dan Amalan Memudahkan Untuk Mengurus Rumah Tangga

Hari ini nak berkongsi doa dan amalan yang boleh diamalkan untuk mengurus rumah tangga. Tips ni sy dpat da lama kalau tak silap dlam rancangan Semanis Kurma Ustazah Nor Bahyah..
Bolehla kita sama-sama amalkan Surah Al-Anbiya' ayat 83, Alhamdulillah 33x dan Allahuakbar 33x


Surah Al-Anbiya' ayat (83) 

وَأَيّوبَ إِذ نادىٰ رَبَّهُ أَنّى مَسَّنِىَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرحَمُ الرّٰحِمينَ 
Maksudnya: Dan (sebutkalnlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata:"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani"


Alhamdulillah 33x

الحمد لله
Maksudnya: Segala Puji Bagi Allah


Allahu Akbar 33x

الله أكبر
Maksudnya: Allah Maha Besar


Semoga kehidupan kita mendapat keredhaan didunia dan diakhirat....





Semoga dipermudahkan urusan kita hendaknya...Aminnn...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink