Friday 30 November 2012

Durian Crepe

Atlast..Merasa juga durian crepe yg heboh diperkatakan



Kulit die lembut macam kuih ketayap




Inti die rasa lemak-lemak + durian

Order dekat my colleague..4 ketul besar-besar RM10.00 resipi yg akak ni guna hanyalah 4 jenis tepung.

Kalau google dekat internet tu kita boleh jumpa macam-macam resipi durian crepe ni, ada yg 5 jenis tepung, 4 jenis tepung, 7 jenis tepung pn ada..

Ana mmg penggemar durian..So mmg terbaikla durian crepe ni..



Layan Movie Life of PI

Semalam Ana minta bos balik awal ada urusan sket so singgah la KLCC untuk tgk movie..time tgk Breaking Dawn keluar trailer cerita Life of PI ni..rasa macam menarik jd terlayan la hari ni..




Cerita ni mengisahkan perjuangan seorang budak lelaki bernama Piscene..nama panggilan Pi..Bermula dengan Pi mencari apa yang diingini dalam hidup,bermacam-macam agama dia try hindu, kristian dan islam..atlast dia memilih hindu+kristian..

Ceita bermula apabila mereka ingin berpindah dari India ke Kanada dengan menaiki kapal..kapal tersebut dipukul ribut dan Pi dan beberapa haiwan terselemat termasuklah seekor harimau bernama Richard Parker..bermula kehidupan Pi ditengah lautan bersama seekor harimau..bermacam-macam dugaan yang dilalui sehinggalah mereka sampai dipantai Mexico dan orang ramai selamatkan Pi..

Mula-mula tgk trailer Ana ingat Pi akan berkawan baik dengan Richard Parker tapi meleset..

Cerita ni bagi Ana boleh la..dia lebih menekan kan kepercayaan agama..

Kepada sesiapa yang suka tgk cerita pengembaraan bolah la layan..




Thursday 29 November 2012

Doa Dimurahkan Rezeki

Rezeki yang Allah berikan tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. tapi juga dari segi kesihatan yang baik, tidak terlibat dalam kemalangan, dipermudahkan urusan pekerjaan, kenaikan pangkat, keputusan peperiksaan yang cemerlang,  dan macam-maca lagi..


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Selamat Beramal..



Wednesday 28 November 2012

Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah Tahun 2012

Dikala tengahari...Selepas makan..Jom join beramai-ramai


Follow blog : Ayu Insyirah
Due Date : 12.12.12 cantik kan date ni?

Tuesday 27 November 2012

Peplum Giveaway by NadNod Azizan

Wahhhh..first time tu join GA ni..


http://nadnodazizan.blogspot.com/


Sesiapa yg ada masa lapang meh la join sekali...hadiah dia baju peplum yg tgh 'in' skang ni

Follow blog : NadNod Azizan
Due date : 29 November 2012


Keguguran

Keguguran adalah satu perkataan yang menakutkan untuk diluahkan..terutama sekali bagi pasangan yg baru melangkah ke alam perkahwinan. Harapan yang menggunung untuk menimang cahaya mata punah pabila doktor mengesahkan kandungan gugur.

Bukan Ana yg gugur tapi baru dapat berita my colleague keguguran dikala usia kandungan mencecah 3 bulan..bunting pelamin....sebelum disahkan keguguran kawan Ana mengalami pendarahan dan kandungan tak dapat diselamatkan..Ya Allah sesungguhNya Engkau Maha Mengetahui


Mr Google


Punca keguguran : 
1. Kromosom atau gen mengalami kerosakan

2. Fibroid atau rahim kebelakang

3. Jangkitan kuman pada darah wanita mengandung
sumber : Dr Hamid Arshat


p/s: Ana harap Atie cepat sembuh dan sentiasa berdoa pada Allah SWT


Perlu ke Merisik dan Bertunang ni?

Apa itu merisik? Merisik ni seperti bertanya khabar tp lbih kpada bertanya status si gadis sama ada masih single atau sudah berpunya.. Selalunya hanya wakil dari pihak lelaki bertandang ke rumah si gadis tanpa kehadiran si teruna..Selalunya wakil akan membawa tepak sireh dan sebentuk cincin sebagai tanda..kalau diterima oleh pihak si gadis maka disarungkan lah cincin tersebut pada si gadis sebagai tanda sudah di'booked'
Merisik ni amat popular dizaman nenek dan mak2 kita..ye la zaman mereka ni jodoh diaturkan keluarga..maka perlulah tahu status si gadis tersebut..zaman sekarang, ikut pilihan sendiri

Bertunang ni pulak apa? Bertunang ni pulak rentetan selepas majlis merisik tersebut..kira sebelah kaki tu dalam proses nak membina masjid..Rombongan lelaki akan datang dengan beberapa dulang hantaran seperti tepak sireh, sebentuk cincin dan mcm2 lagi..Dalam majlis ni pulak akan adanya perbincangan dari segi wang hantaran, dulang hantaran, mas kahwin, tarikh majlis dan mcm2 lg..

Merisik dan bertunang ni hanyalah adat tak buat pun tak apa..

Bagi Ana sendiri, memang Ana tak nak buat merisik dan bertunag beberapa jam sebelum nikah coz da sama2 kenal kan? Tapi perlu diingat, kita hanya kenal pasangan kita sahaja tapi kedua2 family tak kenal antara satu sama lain..
Mama juga nasihat kan,merisik ni macam sesi suai kenal antara kedua2 keluarga dizaman moden ni..Yela zaman mak2 kita dulu mereka da saling kenal tp anak mereka yg tak kenal antara satu sama lain..
Kalau jd apa2 senang la kita nak berbincang antara dua family ni kan..yela zaman sekarang ni dugaan dia macam2..kang segala persiapan da siap,pengantin lelaki plak tiba2 cancel kan majlis,tak ke haru dibuatnya..

Setelah difikir masak-masak maka pada 3 Syawal 1432 bersamaan November 2011 Ana telah pn dirisik oleh PIL..simple2 jer My hubby hanya bawak kek SR sebagai buah tangan. Dan Ana balas balik dgn sebakul buah dan hamper kuih (time rayakan so byk lah hamper2 kuih ni hypermarket)

Dan pada 29 Oktober 2011 Ana telah pun selamat bertunang dengan Mr hubby..Mr hubby bawa 7 dulang hantaran dibalas dengan 9 dulang dr Ana..mula-mula plan 5 balas 7 tp entah tiba-tiba je bertambah..layan je la

Jadi bagi pendapat Ana sendiri, merisik dan bertunang di zaman moden ni adalah untuk suai kenal dan mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua buah keluarga.

Nak mengimbau kembali zaman merisik dan bertunang ni..


Ni la cincin risik sy..kira da di'booked' la time ni



Rombongan Si teruna..yg tengah2 tu my MIL


Phewitt...MIL sarung kan cincin risik kat sy

Ok yang ni pula gambar tunang


Pelamin mini yg di DIY sendiri oleh kami adik beradik


Persalinan tunang sy...Sedih..kain yg sy idamkan tak menjadi..tailor tu tak pandai buat..



Ini MUA sy...Kak Hasma..sgt peramah


Ini lah sy selepas make up...sgt nebes time ni


Ini rakan-rakan department sy

Time tunang ni, sy tidak heboh kan coz baru bertunang kan, kalau jd apa-apa kita yg malu..Tapi ramai jugak la rakan-rakan yg marah coz tak beritahu mereka.. Mmg sy minta maaf sgt2 hormati permintaan si ibu..

Waktu tunang ni sy telah dapatkan khidmat photographer dan MUA untuk meriahkan lg majlis

Photographer : Azam Hashim Photography


Gambar-gambar ni dr kamera adik Ana..Nanti Ana upload gambar dr Bro Azam.. Sy selesa bekerja dgn org yg buat sy rasa selesa dan tidak kekok..Mereka juga sgt baik dan punctual..Ye sy suka mereka..

Entry ni dibuat kerana adik Ana akan di risik hari sabtu ni..1.12.12

p/s:thanx to my beloved friend coz sudi mengupload gambar2 sy Che Fatihah




Sunday 25 November 2012

Rutin Harian Di Hari Ahad...

Bertukar....ayuh kita ke sekolah kawan2
Menjalankan tanggung jawab sebagai student pulakz

Saturday 24 November 2012

Bila Sunyi Bertandang...

Bila sunyi ada rindu yng berputik
Bila sepi ada resah yang terbit
Kesunyian dan kesepian amat merimaskan
Jiwa sunyi mungkin kerana tidak mendekati yang Maha Esa
Hati sepi mungkin kerana kurangnya amal
Sepi didunia masih ada teman
Ssepi dikubur, akhirat merana selama
Allah tempat melepas rindu,Al-quran pembela, zikir teman abadi
Oleh:Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Friday 23 November 2012

Layan movie Twilight Saga-Breaking Dawn Part 2

Semalam...layan movie feveret yg da finale...arrghhh sungguh jatuh cinta dgn semua watak espcially Bella Cullen...ending yg x disangka2...tp happy ending la...

Anak Bella n Edward yg sgt comel Renessme Cullen muka budak ni mcm berlakon watak Narnia tu..ye ker?ker pandangan i sorg jer? Semangat kekeluargaan, persahabatan, kepercayaan yg ditonjolkan dlam cerita ni mmg kukuh..kita dpat merasainya dgn detiap watak yg dibawa..bila keluarga Cullen ditimpa masalah, kita dapat lihat semangat kekeluargaan dorg tu yg rasa mcm nk tgk lg...yg kesian dlam cerita ni, mestilah Jacob,tp tak pe...dia akan dpat lbih baik...huhuhu

So,sape2 yg blom tgk,pergi la wayang yg berdekatan dgn anda...Ana nk cadangkan, sape yg dok area KL pg la dkat TGV Capsquare Jln Munshi Abdullah..situ tak crowded..


Mrs Cullen yg cun melecun... (Mr Google)





Mencelah jap...Design baju yg tengah in sekarang ni...Peplum..

Sgt meminati design baju ni..tp over budget la nk tempah (By Fleur by Mrs Him)


Wednesday 21 November 2012

Tahniah...Izreen Azminda hamil 5 minggu

Alhamdulillah...tahniah izreen..bkak instagram,tgk pic scan izreen yg kini hamil 5 minggu...lpas diana,izreen pula umumkan berita kehamilan beliau... Ana pn tumpang gembira buat mereka..patot la muka izreen semakin berseri-seri sekarang ni...

Wah makin excited dan berkobar-kobar nak mengandung ni..huhu




Sumber : Instagram Izreen

Indahnya Bercinta Selepas Nikah

Orang kata waktu bercinta lain,da kahwin lain...time ni baru la tahu perangai sebenar pasangan masing2...yela,time bercinta,kita hanya jumpa sekejap shj berbanding da nikah,tiap2 hari bersama...satu persatu perangai pasangan kita terkeluar...tp kita jgn la berfikir negatif...ambil yg positif,tak semestinya bila kita cakap da kahwin perangai sebenar pasangan kita keluar bukan lah semua yg negatif...

Macam husband Ana plak,baru la Ana tahu yg dia ni suka mengadap cermin 24jam..mengalahkan perempuan!!time bercinta dolu2,time berdating xdek plak nk mengadap cermin jer...tp skang kita plak yg naik rimas,klau bersiap nk keluar tu berebut cermin la jawabnya...hhmmm xpela mengalah je la kata sayang suami...plak tu kalau lpas gnting rambut,husband Ana ni jnis yg cpat panjang n lebat rambut dia jd sebulan sekali dia akan pergi kedai tok gunting rambut yg selebihnya,potong sendiri gna mesin...lpas gnting rambut siap la...kalau org tu potong tak berkenan dihati,blik rumah confirm dia betulkan balik smpai puas hati...selagi tak betulkan,tido tak lena la jawabnya kalau cermin tu boleh bercakap,mesti dia kata 'udah2 la tu naik rimas aku tgk' hahahahaha...

Yg kedua plak,husband Ana ni rupa2nya hantu sotong...sumpah selama kenal dia tak pernah tahu...one day mama masak sambal sotong,punyalah selera dia makan,bertambah2..lpas tu baru dia bg tahu "Abang suka makan sotong,lagi2 sambal sotong"..then tiba2 jer ras mcm oh sweetnya kahwin ni..kalau la tahu macam ni,da lama ajak kahwin...huhu

Makin lama kita bersama pasangan kita makin kita kenal dia...makin mendalam cinta kita untuk dia...indah sungguh cinta selepas nikah ni...

Ada org berkata jgn beri cinta kita 100 peratus pada pasangan,takut bila berpisah,boleh meroyan...maksudnya, bukanla lg beberapa peratus utk skandal,tp seimbangkanlah dgn cinta kita kpd Allah SWT.

The impotant thing yg Ana notice pasal husband Ana ni,dia mmg tak romantik mcm Seth Tan (eh tetiba plak) dr bercinta smpai la da kahwin ni...bila kita tanya,die jwab dia bukan pelakon yg pandai berlakon tu...urghhh tak pe la kang terlebih romantik plak kita plak yg sakit hati...

Tiada manusia yg sempurna,sebab tu la Allah jd kan manusia berpasangan utk saling melengkapi...

p/s: semoga kita sentiasa berubah untuk kebaikan

Hasil kebosanan sang suami meneman sang isteri study


Baju Melayu beliau yg pertama berkaler pink..huhu

Monday 19 November 2012

Cuti sekolah musim orang berkhatan???

Hahahahaha...da tentu2 time cuti skolah yg panjang ni la ramai family yg ada ank bujang ambil kesempatan utk menyunat anak mereka...klinik2 yg menawarkan perkhidmatan menyunat ni sah2 la fully booked...
My nephew one of them...berusia 10thun,Amir da jd dewasa...congratz bro..lpas ni kna ubah perangai jd matang sket ye..
Budak2 skang khatan da xmcam zaman dlu,main laser jerk da xdek tok mudim ni lg..batang pisang pn xdek,yg ade hanyalah gunting,ubat bius,doktor dan jga nurse yg comel!!
Abg Amir berkhatan di Klinik Idzham, Bukit Antarabangsa...

Semoga abang2 yg bersunat akan lebih matang lpas ni...InsyaAllah...

Ni la budak-budak zaman sekarang, kalau da pegang game,sakit pn terus hilang


Si adik yg nakal dan jelous dgn abg


Peace yo!! Sy da dewasa...

Layan movie Istanbul Aku Datang....

Last Saturday pg tgk cite ni...Masuk ni da 2X tgk...first time tgk waktu first show die on 8 Nov...second time plak teman kn adeq...
Cite ni sgt santai..romantik...tp sejak da kawen ni,selera utk tgk cite2 jiwang ni mcm menurun sket...hahahaha...mungkin sebab da menempuh realiti kehidupan...huhu...tp.....Twilight xdeknya nk menurun...mencanak2 xsabar nk menunggu dia kuor...
Part best dlam cite ni ofkos la keindahan Istanbul...keunikan senibina bangunan dorg...ermmm...bila la agaknya dpat menjejakkan kaki kt negara org...
Istanbul Aku Datang mengisahkan Dian dtg ke Istanbul utk dkat dgn pakwe die Azad dgn harapan Azad akan propose Dian utk berkahwin...tp mcm2 dugaan yg Dian kna tempuhi kt sana...at last die jmp kekasih bru...huhuhu tu lah org kata kan,jodoh ni kita tak tahu,da bercinta bertahun2 tp kawin dgn org lain..jd klu putus cinta,jgn smp rasa hidup da tak bermakna,ada hikmah disebalik kejadian..
Tp da namanya tgk wayang kan harga tiket pn murah,jd bermacam2 ragam manusia kte bleh jmp...n ofkos cite ni plg ramai ditonton oleh golongan remaja...tp please la hormat org lain jgak kn...ini x,die plak bercerita dgn bf die kat sebelah...apa bf die tu paham bahasa melayu ke?perlu ke diterangkan satu persatu scene tu?alahai ko ni deq...nasib akak da tgk,mmg hilang feel nk tgk second time ni...dgn bau kakinya MasyaAllah...xpayah la nk ltak kaki kt sit org...sgt xrespect org len...
Ok caucincau....

Friday 16 November 2012

Doa Untuk Mendapatkan Zuriat

Salam...hari ni nk share doa untuk mendapatkan zuriat...

Mula2 kahwin dulu ana n husband mmg buat family planning coz ana still study..n ana ni jenis yg xnk terburu2...takut tak terkejar...
Tp bile di pikir2 kembali next year is my final year as student (InsyaAllah)...niat utk memiliki zuriat sendri semakin berkobar2..perasaan tu dtg ketika first day hari raya puasa...Allah Maha Besar...tiba2 terselit satu perasaan yg xtau mcam mna nk describe,coz last ramadhan mmg kami ada berbincang mengenai hal ni and my husband pn cakap bnda yg sama...hihihihi
Anak ni pembawa rezeki, amanah dr Allah...so khilaf ana coz x mencuba dr awal..huhuhu

So semenjak waktu itu,ana n husband sentiasa berdoa kpd Allah utk memberi zuriat kpd kami...mungkin belum rezeki kami lg...tp,usaha tangga kejayaan kn..

Mari kita sama-sama amalkan:

1. Surah Al-'Imran Ayat 27;



Maksudnya : "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".


2. Surah Al-'Imran Ayat 38;

Maksudnya : Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.


3. Surah Al-Anbiya' Ayat 89;


Maksudnya : Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

Sumber : Mr Google



Sumber : Azam Hashim Photography (My OP)



   p/s: Ya Allah semoga kami dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah..Amin




   

Wednesday 7 November 2012

Alhamdulillah

Semalam telah selamat majlis tahlil utk arwah along....pejam celik,semalam genap tujuh tahun along meninggalan kami sekeluarga...kalau along masih ada tahun ni along berusia 34 tahun..along pergi ketika usianya 27tahun...ye ramai yg berkata masih muda,tp ingat ajal maut ditangan Allah,bila tiba masanya kita akan pergi jua tidak kira berapa usia kita...penyakit itu hanya sebab....
Tujuh tahun lalu,aku tiada disisi along ketika along menghembuskan nafas terakhir...along pergi buat selamanya ketika hari raya puasa yg keempat bersamaan hari ahad...ketika itu ak telah pulang ke kolej utk menhadapi peperiksaan akhir..ketika kaki melangkah utk pulang,memang da terasa berat nk meninggalkan rumah,rasa sayu mencengkam lg2 waktu tu mmg along da sakit...apakan daya aku tepaksa pulang jua utk menduduki peperiksaan...

Setelah sampai di asrama,hati makin tak keruan namun aku pujuk sehingga terlelap...masuk waktu asar ak nk hubungi keluarga bertanya khabar,tp aku tangguhkan dulu,smpai masuk waktu maghrib,aku telefon kelurga dirumah bertanya khabar along, mereka hanya beritahu alongku nazak,tp kata hatiku along telah pergi buat selamanya....aku yakin waktu itu along telah tiada bersama kami lagi...
Mama beritahu kakak dan abg ipar ku akan ambil aku semula diasrama...tanpa berlengah aku mengemas baju dan beritahu roommate serta warden yg bertugas...mngkin waktu tu aku tak terasa lg,tiada air, mata keluar...lbih kurang jam 9 lbih,kakak ku smpai teus peluk aku...aku kaku terus air mata ku keluar sebak,tak sabar nk blik semua bercampur...kakak ku khabarkan berita sebenar,along telah pergi selepas solat asar...ya Allah...semoga along dicucuri rahmat mu...semoga along tenang disana...

Sampai dirumah aku lihat along telah dibaringkan diruang tamu,ramai saudara mara,jiran dan rakan2 datang melawat...malam itu kami semua baca kan yassin,baring disebelah along...itulah kali terakhir aku,kami sekeluarga bersama along....pagi sesudah subuh,kami terus bersiap sedia utk kebumikan along....alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar....

Along kami redha dgn pemergianmu...sekian lama along melawan sakit along...InsyaAllah...semoga along tenang disana,ditempatkan dikalangan orang yg soleh dan dicucuri rahmat keatsamu....Amin...








Friday 2 November 2012

Doa dan Amalan Memudahkan Untuk Mengurus Rumah Tangga

Hari ini nak berkongsi doa dan amalan yang boleh diamalkan untuk mengurus rumah tangga. Tips ni sy dpat da lama kalau tak silap dlam rancangan Semanis Kurma Ustazah Nor Bahyah..
Bolehla kita sama-sama amalkan Surah Al-Anbiya' ayat 83, Alhamdulillah 33x dan Allahuakbar 33x


Surah Al-Anbiya' ayat (83) 

وَأَيّوبَ إِذ نادىٰ رَبَّهُ أَنّى مَسَّنِىَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرحَمُ الرّٰحِمينَ 
Maksudnya: Dan (sebutkalnlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata:"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani"


Alhamdulillah 33x

الحمد لله
Maksudnya: Segala Puji Bagi Allah


Allahu Akbar 33x

الله أكبر
Maksudnya: Allah Maha Besar


Semoga kehidupan kita mendapat keredhaan didunia dan diakhirat....





Semoga dipermudahkan urusan kita hendaknya...Aminnn...





November

Wahhhh!!!!!November sudah...lg beberapa hari nk msuk Muharram dan lg sebulan nk msuk thun 2013...sungguh pantas masa berlalu..2012 banyak meninggalkan kenangan manis buat diri ini...sentiasa berusaha dan berdoa kpd Allah untuk memiliki zuriat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink