Showing posts with label Bicara Hati. Show all posts
Showing posts with label Bicara Hati. Show all posts

Monday, 17 December 2012

Cintai Isterimu


Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu 


Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk              

syurga bersamamu


Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu



Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu



Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana









Friday, 7 December 2012

Penghibur Di Kala Duka

Sungguh...ketawa kanak-kanak dapat melenyapkan segala kepahitan..
Keletah mereka mengundang tawa..senakal-nakal mereka, mereka lah penghibur dikala duka..
Ada saja yang nak diperkata untuk mencuri tumpuan...


Flower Bogurl's Team


Segak tak kami?


Amir


Anas


Arif (ooppss tak siap lg la sy...)


Nia

Aleesya (Future Flower Bogurl's Team)


The complete 5


Lihat lah keletah mereka


Bila bosan bertandang


Nia n fren





Monday, 3 December 2012

Please...Don't Say This Word

.....MANDUL.....

Hati wanita mana yang tidak terguris tatkala dituduh sebagai mandul..Adakah kerana tidak bunting pelamin aku dilabel mandul?? Adakah kerana tidak mengandung selepas ovulasi yg pertama selepas kahwin aku dilabel mandul??

Kenapa begitu kejam tanggapan masyarakat terhadap diriku..Aku tidak bersalah..

Ya Allah..Kurniakanlah hati yang tabah kepadaku untuk menepis segala tanggapan dan cacian orag terhadap diriku..

p/s: AKU itu bukan Ana..hanyalah bunga bahasa (tak tahu nk letak apa)

Entri ini ditulis berdasarkan conversation diantara seorang cucu (C) dan neneknya (N)..

N : Ko cuti ari ni?
C : Iye..Letih..Hari sabtu sibuk memasak dan mengemas utk Pya merisik..Hari ahad pagi-pagi da pg kelas lepas tu terus balik kg MIL..So ari ni terpaksa cuti

Lalu si auntie (I)pn menyampuk...

I : Mak ko kata ko mengandung? Asyik pening kepala jer..
C : Isy mana ada mengandung..badan tak sihat jer..berjangkit dr org sakit ler..
N : Apesal ko tak mengandung lg? (ok cucu da mula sentap disitu..)
C : Da tak mengandung nak buat mcm mana?
N : Ko jgn nak makan-makan ubat tahan mengandung yer..Ko suka orang kata ko MANDUL?? Ko nk mak mertua ko carikkan bini baru utk suami ko?? Ko suka macam tu??
C : Berlari ke bilik sambil menutup pintu lalu mengenang nasib sambil mengusap perut didepan cermin dan berkata "baby mama belum bersedia nak bersama mama lg kan?tak pe mama tunggu.."

Sejak akhir-akhir ni mmg Ana mudah terasa jiwa ni terlalu fragile..mudah terhiris jika ada yg mengguris..sejak Ana putuskan untuk mempunyai zuriat dalam entri INI aura positif yg dibina dalam diri ini semakin dipengaruhi oleh aura negatif..

Mula-mula memasuki alam perkahwinan mmg rasa gembira sekiranya Miss P muncul..tetapi kini Miss P menjadi musuh utama..perasaan marah tiba-tiba datang..kenapa KAU muncul?? aura negatif semkain memuncak..ye disitu kita tidak mensyukuri nikmat tuhan..Allah bagi kita cuti kan?kenapa nak marah?itu menandakan kita sihat..kita masih menghasilkan telur..bermakna kita masih ada peluang untuk mengandung bukan?

"Da ada isi belum?" dulu pertanyaan ini akan dijawab dengan tenang oleh sy "Maaf sy merancang tunggu habis belajar dulu yer"..tetapi kini tidak lagi..sekiranya ada yang bertanya sy akan jawab "Belum ada rezeki..tengah berusaha keras" sambil buat senyuman nk menangis..

Ya sejak saya putuskan untuk memiliki zuriat hati saya mudah tersentuh dengan pertanyaan dan gurauan sinikal..Tolonglah fahami hati wanita..

Saya tidak memarahi si nenek kerana saya tahu dia hanya menasihati dan menyayangi saya..

Semalam first day Miss P bertandang..selepas 31 hari dr hari pertama Miss P yg lepas..tak pernahnya dia buat surprise mcm ni..ingat da berisi rupa-rupanya masih lg berisi perut..huhu

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..Sentiasalah berdoa padaNya..


Mr Google


p/s : entri ini ditulis dgn sedikit emosi

Saturday, 24 November 2012

Bila Sunyi Bertandang...

Bila sunyi ada rindu yng berputik
Bila sepi ada resah yang terbit
Kesunyian dan kesepian amat merimaskan
Jiwa sunyi mungkin kerana tidak mendekati yang Maha Esa
Hati sepi mungkin kerana kurangnya amal
Sepi didunia masih ada teman
Ssepi dikubur, akhirat merana selama
Allah tempat melepas rindu,Al-quran pembela, zikir teman abadi
Oleh:Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Wednesday, 21 November 2012

Indahnya Bercinta Selepas Nikah

Orang kata waktu bercinta lain,da kahwin lain...time ni baru la tahu perangai sebenar pasangan masing2...yela,time bercinta,kita hanya jumpa sekejap shj berbanding da nikah,tiap2 hari bersama...satu persatu perangai pasangan kita terkeluar...tp kita jgn la berfikir negatif...ambil yg positif,tak semestinya bila kita cakap da kahwin perangai sebenar pasangan kita keluar bukan lah semua yg negatif...

Macam husband Ana plak,baru la Ana tahu yg dia ni suka mengadap cermin 24jam..mengalahkan perempuan!!time bercinta dolu2,time berdating xdek plak nk mengadap cermin jer...tp skang kita plak yg naik rimas,klau bersiap nk keluar tu berebut cermin la jawabnya...hhmmm xpela mengalah je la kata sayang suami...plak tu kalau lpas gnting rambut,husband Ana ni jnis yg cpat panjang n lebat rambut dia jd sebulan sekali dia akan pergi kedai tok gunting rambut yg selebihnya,potong sendiri gna mesin...lpas gnting rambut siap la...kalau org tu potong tak berkenan dihati,blik rumah confirm dia betulkan balik smpai puas hati...selagi tak betulkan,tido tak lena la jawabnya kalau cermin tu boleh bercakap,mesti dia kata 'udah2 la tu naik rimas aku tgk' hahahahaha...

Yg kedua plak,husband Ana ni rupa2nya hantu sotong...sumpah selama kenal dia tak pernah tahu...one day mama masak sambal sotong,punyalah selera dia makan,bertambah2..lpas tu baru dia bg tahu "Abang suka makan sotong,lagi2 sambal sotong"..then tiba2 jer ras mcm oh sweetnya kahwin ni..kalau la tahu macam ni,da lama ajak kahwin...huhu

Makin lama kita bersama pasangan kita makin kita kenal dia...makin mendalam cinta kita untuk dia...indah sungguh cinta selepas nikah ni...

Ada org berkata jgn beri cinta kita 100 peratus pada pasangan,takut bila berpisah,boleh meroyan...maksudnya, bukanla lg beberapa peratus utk skandal,tp seimbangkanlah dgn cinta kita kpd Allah SWT.

The impotant thing yg Ana notice pasal husband Ana ni,dia mmg tak romantik mcm Seth Tan (eh tetiba plak) dr bercinta smpai la da kahwin ni...bila kita tanya,die jwab dia bukan pelakon yg pandai berlakon tu...urghhh tak pe la kang terlebih romantik plak kita plak yg sakit hati...

Tiada manusia yg sempurna,sebab tu la Allah jd kan manusia berpasangan utk saling melengkapi...

p/s: semoga kita sentiasa berubah untuk kebaikan

Hasil kebosanan sang suami meneman sang isteri study


Baju Melayu beliau yg pertama berkaler pink..huhu

Monday, 19 November 2012

Cuti sekolah musim orang berkhatan???

Hahahahaha...da tentu2 time cuti skolah yg panjang ni la ramai family yg ada ank bujang ambil kesempatan utk menyunat anak mereka...klinik2 yg menawarkan perkhidmatan menyunat ni sah2 la fully booked...
My nephew one of them...berusia 10thun,Amir da jd dewasa...congratz bro..lpas ni kna ubah perangai jd matang sket ye..
Budak2 skang khatan da xmcam zaman dlu,main laser jerk da xdek tok mudim ni lg..batang pisang pn xdek,yg ade hanyalah gunting,ubat bius,doktor dan jga nurse yg comel!!
Abg Amir berkhatan di Klinik Idzham, Bukit Antarabangsa...

Semoga abang2 yg bersunat akan lebih matang lpas ni...InsyaAllah...

Ni la budak-budak zaman sekarang, kalau da pegang game,sakit pn terus hilang


Si adik yg nakal dan jelous dgn abg


Peace yo!! Sy da dewasa...

Wednesday, 7 November 2012

Alhamdulillah

Semalam telah selamat majlis tahlil utk arwah along....pejam celik,semalam genap tujuh tahun along meninggalan kami sekeluarga...kalau along masih ada tahun ni along berusia 34 tahun..along pergi ketika usianya 27tahun...ye ramai yg berkata masih muda,tp ingat ajal maut ditangan Allah,bila tiba masanya kita akan pergi jua tidak kira berapa usia kita...penyakit itu hanya sebab....
Tujuh tahun lalu,aku tiada disisi along ketika along menghembuskan nafas terakhir...along pergi buat selamanya ketika hari raya puasa yg keempat bersamaan hari ahad...ketika itu ak telah pulang ke kolej utk menhadapi peperiksaan akhir..ketika kaki melangkah utk pulang,memang da terasa berat nk meninggalkan rumah,rasa sayu mencengkam lg2 waktu tu mmg along da sakit...apakan daya aku tepaksa pulang jua utk menduduki peperiksaan...

Setelah sampai di asrama,hati makin tak keruan namun aku pujuk sehingga terlelap...masuk waktu asar ak nk hubungi keluarga bertanya khabar,tp aku tangguhkan dulu,smpai masuk waktu maghrib,aku telefon kelurga dirumah bertanya khabar along, mereka hanya beritahu alongku nazak,tp kata hatiku along telah pergi buat selamanya....aku yakin waktu itu along telah tiada bersama kami lagi...
Mama beritahu kakak dan abg ipar ku akan ambil aku semula diasrama...tanpa berlengah aku mengemas baju dan beritahu roommate serta warden yg bertugas...mngkin waktu tu aku tak terasa lg,tiada air, mata keluar...lbih kurang jam 9 lbih,kakak ku smpai teus peluk aku...aku kaku terus air mata ku keluar sebak,tak sabar nk blik semua bercampur...kakak ku khabarkan berita sebenar,along telah pergi selepas solat asar...ya Allah...semoga along dicucuri rahmat mu...semoga along tenang disana...

Sampai dirumah aku lihat along telah dibaringkan diruang tamu,ramai saudara mara,jiran dan rakan2 datang melawat...malam itu kami semua baca kan yassin,baring disebelah along...itulah kali terakhir aku,kami sekeluarga bersama along....pagi sesudah subuh,kami terus bersiap sedia utk kebumikan along....alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar....

Along kami redha dgn pemergianmu...sekian lama along melawan sakit along...InsyaAllah...semoga along tenang disana,ditempatkan dikalangan orang yg soleh dan dicucuri rahmat keatsamu....Amin...








Friday, 2 November 2012

November

Wahhhh!!!!!November sudah...lg beberapa hari nk msuk Muharram dan lg sebulan nk msuk thun 2013...sungguh pantas masa berlalu..2012 banyak meninggalkan kenangan manis buat diri ini...sentiasa berusaha dan berdoa kpd Allah untuk memiliki zuriat

Monday, 29 October 2012

Monday Blues

Ok setelah 5 hari riang ria cuti hari raya, hari ni macam blur skit nk buat kerja...oh apakah ini?
Memuhasabahkan diri...kemon2 semangat yg rajin dtglah....

Mr. Google

Thursday, 25 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Esok semua umat islam akan menyambut hari raya qurban
Dikesempatan ini sy juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha

The best part before hari raya is....Masak-memasak....Dr kecik smpai ke besar mmg acara ni la yg di tunggu2...Rase mcm x dek feel raya klu gtong ryong masak ni xdek...
My family slalu akan msak mcm kenduri kahwin...Utk 3 buah rumah skali gus My mom house's, nenek's n umi's..snang citer
So klu sedara dtg umah, mknan same jer...xdek beza pn...tak kira la hari raya qurban or hari raya aidilfitri
Seminggu before raya mmg da ulang alik ke pasar cri bahan-bahan utk masak...but for hari raya qurban selalunya akan masak yg simple shj...

And this is my first time raya qurban as a wife...semua yg terjadi thun ni adalah yg pertama kali buat diri sy....
Hari raya aidilfitri n adha as a wife, puasa pertama sbg suami isteri n.....raya qurban yg pertama di rumah mertua...huhuhuhu tanpa family mcm mne la yer...Yg pastinya pg raya pasti akan mengalir air mata laju2...
Walau apa pn itu semua bkan alasan utk tidak pulang ke kg...kena lah ada toleransi antara suami isteri...xboleh berat sebelah

Owh...sebenarnya entry ditulis time masak ayam...menu raya qurban yg dimasak adalah Ayam Masak Panggang....(nama shj masak panggang tp ayam xdipanggang pn...)


Khusyuk mengacau cili yg ditumis
Ok cik abe kne menyelit gak...

Tuesday, 23 October 2012

Testing

Testing.... testing....
Just download blogger for android...

Menyelit sket...
Counting for fifth monthsarry


Friday, 19 October 2012

4 in One

Memegang status sebagai seorang isteri, anak, pekerja dan pelajar...4 in one
Aku harus bijak membahagikan masa...
Setiap hari aku berdoa semoga dapat memikul tanggungjawab tersebut dgn baik
Aku hanyalah insan biasa dan sering melakukan kesilapan
Kadangkala sering terlupa dgn tanggungjawab yg harus ak pikul

Ya Allah....
Semoga aku menjadi isteri yg taat kpada perintah suaminya
Semoga aku menjadi anak yg solehah kpada kedua ibu bapa dan mertuaku
Semoga aku menjadi pekerja yg berdidakasi terhadap majikanku
Semoga aku menjadi pelajar yg dpat membanggakan institusi pengajianku
Amin....





sumber: Mr Google

Komunikasi

Yup....as per title
Komunikasi ni teramatla penting
Sama ada antara ibu dan anak, bos dan pekerja dan juga suami dan isteri
Cuba bayangkan klu dunia tanpa komunikasi....
Sunyi kan???

sumber : Mr Google

Komunikasi juga harus la dgn cara yg btol
Perasaan hormat tu perlu ade
Kadang kala tanpa kita sedar akan meyakit kan hati orang lain dgn kata-kata kita

Ibu perlu berkomunikasi dgn anak utk mendidik si anak...bos perlu berkomunikasi dgn pekerja utk memberikan arahan yg btul...
Tapi perlu ingat, jgn smpai menjatuhkan aib...

Ok la actually nk ckap pasal komunikasi antara suami dan isteri
Ianya amat pnting yer
Even kita da kahwin dengan pasangan kita, jgan abaikan antara satu sama lain
Jika tiada komunikasi, makin hambar la sesuatu perhubungan

Sama juga macam waktu bercinta dulu...
Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena kalau sehari tak dengar khabar berita dari si dia...
Begitu juga la lepas da berumah tangga...hidup kan semarak api cinta antara suami dan isteri
Tak perlu hadiah yang mahal-mahal...hanya sekadar bertanya khabar, ajak keluar berdua-duan...luangkan masa berdua
Hhhhmmmm....tak susahkan?



p/s: Tapi mcam mana yer kalau nk memujuk pasangan utk pulang berhari raya dikampung kita?









Thursday, 18 October 2012

Kosong....

Kenapa yer ari ni rse kosong sgt....
Sedih...Sunyi...
Hhhmmmmm..perubahan hormon ke?

Tuesday, 16 October 2012

161012

Fobia...
Tak semua orang mempunyai kekuatan dan keberanian utk memandu
Lagi-lagi kalau pernah melalui pengalaman yg mengerikan spt accident atau tgk kejadian yg menakutkan..
Salah seorgnya aku la tu...
Aku pn tak tau sejak bila aku de penyakit tu (manja terlebih)
Even aku tak pernah mengalami pengalaman spt tu, aku sndri tak tau kenapa keberanian aku hilang lenyap spt semangat yg telah ditarik-tarik...hihihihihihi
May be terlalu memikirkan kemalangan-kemalangan yg berlaku sekarang ni membuatkan aku fobia utk terus memandu..

Sungguh...
Pertama kali amek ujian memandu semangat yg dtg sgt berkobar-kobar utk membawa kereta (even time tu tak mapu lg nk beli kereta)
Siap da bg tahu dkat mak aku lg yg aku nk beli kereta kancil that was on 2007
Almaklum la bru habis blaja semangat nk cri keje, nk g keje naik kereta la katakan
Lpas jer pgang lesen P semangat tu lg mencanak-canak naik...nk memiliki kereta sndri katanya...
Tp mak aku kata dr bli kereta lbih baik smpan duit, smbung blaja @ bli rumah...DUSSHHH!!!
Terdiam dan berfikir, btol jgak tu...
Tahun silih berganti, semangat makin lama makin hilang...harapan terus terkubur
Akhirnya dr lesen P ke full aku tak lg membawa kereta...huhuhuhuhu sadissss
Bukan lgsung tak de kereta dkat rumah tu tp....kereta manual..tak larat nk bawa, mengada-ngada nk auto jgak hamek kau...bo layan la...

Kini...
Setelah beberapa kali me'renew' kan lesen aku hanya mampu membawa kereta auto shj..dan plg bestnya...................................plg jauh ak mampu bwa ke Carre4 shj..huhuhuhu
Kira bergerak jgak la kn?
Orang sekeliling tu tak tau, bkan sengaja tak nak bawa kereta ni, tp bila da duduk dkat seat driver tu aku rasa mcm semua bnda nk dtg dkat aku...
Semua nk menghimpit aku...jd aku takut kalau aku terlanggar dorg...
Bila ak bawak slow, org yg teman aku ni bising kata bwak mcm siput la, kura-kura la...
Dorg tau tak yg aku ni bersopan santun? Keselamatan harus diutamakan....
Lama-lama aku pn stress...Bawak la sendiri..I lbih rela naik lrt ok????

Adakah ini satu penyakit mengada-ngada atau semangat yg hilang?

Monday, 15 October 2012

Berakhirnya sebuah penantian

Finally....
Blog da lama buat tapi tak touch up pape pn...
Dulu de jgak buat blog, tapi da lama tutup...
Skali baru nk buat blik, banyak perubahan smpai blur kejap..
Errrmm...tak pe practise make perfect...
Akan di improve kan sedikit demi sedikit..
Almaklum lah tak berapa nk celik IT sgt
Usaha tangga kejayaan...sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?
Chaiyok...

Sementara menunggu sang arjuna datang menjemput...boleh la conteng2 sket...
Musim hujan sekarang ni...Jangan lupa bawa payung ye cik senah

Sejak da hidup berdua ni, kenalah tunggu sang arjuna datang menjemput
Merempit bersama-sama barulah romantik gitu
Kalau bujang dulu, tepat je 5.30pm harus la berlari ke lrt..
Walau ribut melanda akan ku redah jua...bak kate org "mcm de laki je ko ni" hape pedulik yg pnting da waktu balik kn??
Tp skarang??????? kenalah tunggu cik abang habis kerja dan dtg menjemput (walaupun bleh  blik sendri coz lrt bknnya jauh sgt pn...ngade2 je lbih)

So far, kehidupan baru ni berjalan dengan lancar (semoga hingga ke akhir hayat..Aminnn) 
Mungkin juga sebab masih tinggal dengan my family, so cabaran sebenar tu belum dtg lg...hihihhihi...
Even tinggal dgn my family, sy tak dek la curi tulang..tlong2 dkat dapur itu adalah WAJIB ye..no ponteng2...no alasan2...

Masakan isteri ni lah penambat hati suami....

Sampai disini dlu coretan utk ari ni...

15102012

Pantas masa berlalu, pejam celik da hampir 5 bulan bergelar sang isteri...
Sudah pasti keinginan untuk menimang cahaya mata sendiri semakin membuak..
Tapi sebagai hambanya kita hanya mampu merancang...Allah tahu masa yang terbaik untuk kita miliki...
Persediaan mental dan fizikal juga harus kuat seperti persediaan untuk menjadi isteri orang...
InsyaAllah, bila tiba masanya saya telah bersedia untuk memikul tanggungjawab menjaga amanah dari Allah S.W.T itu...

10 days to go...2501012 is our 5 monthsarry abang...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink