Semalam Ana dapat pelepasan balik awal..Ada kebocoran gas aircond dekat level Ana bekerja..Secara kebetulan pagi sebelum kejadian kami ada fire drill. Mulanya ingat asap yang ada tu adalah lebihan dari latihan tersebut. Tapi makin lama makin banyak dan berkepul-kepul membuatkan kita sakit tekak, hidung dan pening kepala. Kami pun call pihak admin dan maintenance dan mereka mengesahkan ada kebocoran. Jadi bos kami pun beri pelepasan untuk pulang awal..
Disebabkan malas nak balik awal, Ana and member pergi la tgk wayang..Memandangkan cerita ni sahaja yg menepati masa kami, maka tgk la cerita The Hobbit ni..Dan semalam juga cerita ini betul-betul menguji tahap penguasaan Bahasa Inggeris Ana kerana tiada subtitle..Nasib member da tgk, jd dia tlg explain part mana yg Ana tak faham.
Ini lah Hobbit..
Thorin - Yg nak merampas kembali istana beliau yg telah dijajah oleh seekor naga
The dwarves - Antara watak-watak utama
Ahli sishir yg byk bantu Gandalf
Gandalf yg membantu Thorin
sumber gambar dr website the hobbit
The Hobbit ini juga adalah kisah permulaan bagi cerita The Lord of The Ring. Jadi, pada peminat setia cerita TLOTR jangan lepaskan peluang untuk menonton cerita ini.
Anda akan tahu bagaimana cincin yg menjadi rebutan itu ditemui.
p/s : sy bukan peminat TLOTR jd kurang memahami cerita ini











