Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

Tuesday, 11 December 2012

Tulang Belakang di Hari Bersejarah Ana

Entry ini dibuat khas untuk mengucapkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga dikalangan vendor-vendor yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yg tidak tehingga bagi menjayakan majlis bersejarah Ana..Dulu tiada blog,kini Ana ingin berkongsi dengan rakan-rakan alam maya vendor yg telah Ana gunakan..
Bukan tujuan untuk puji melambung tapi bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa..mereka telah memberikan 100% komitmen kepada Ana dan family..

Kalau ada sumur diladang boleh saya tumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang kita jumpa lagi...

Saya telah menggunakan khidmat Bro Azam sekali lagi untuk majlis bersejarah saya..Dari Ana bertunang, kakak Ana bertunang, Ana nikah dan sanding Ana setia menggunakan khidmat Bro Azam..sangat punctual..pkul 11 kita suh dtg kul 10.45 da terpacak dpan rumah..yeay..email respon sgt pantas..cakap je kita nk tema macam mana tiada masalah..tp Ana tak pernah request tema2 ni..Bro Azam yg byk bantu utk dpatkan shoot yg menarik utk disimpan sebagai kenangan..Harga yg sgt berpatutan bagi pengantin bajet macam Ana..Terima kasih yg tak terhingga kpd Bro, kerana telah menjalankan tanggungjawab dgn jayanya..InsyaAllah tahun depan kita jumpa lg yer Bro...(and again..my lil sis tunang pn akan guna khidmat Bro Azam..rase da mcm family's photog plak)..lets check it out..


Saya juga telah menggunakan khidmat MUA Kak Um yang sangat gojes..Hasil Kak Um membuatkan ramai yang memuji saya dihari tersebut..sy guna khidmat kak um untuk nikah dan sanding..Sumpah!!Hilang perasaan nervous yang diganti dgn satu keyakinan utk berarak dimajlis sendiri..kak um juga seorang yg pantas mereply segala mesej..terima kasih hot mama Kak Um (and again..my lil sis pn akan gna khidmat Kak Um utk menata rias wajah beliau..)

Fb: Umzarul Makeup (sebelum kak um bersalin..skang da selimmm)

Saya juga telah menyarungkan busana persandingan dan pelamin dr butik Kak Leez yang sangat baik..Sanggup merialisasikan impian kami untuk mengguna pelamin inspired by pelamin Nabil Raja Lawak (Kak Leez sponsored pelamin Nabil)..terima kasih Kak Leez n crew yg sanggup menyengkang mata untuk menyiapkan pelamin kami..layanan yg sgt baik sepanjang bekerjasama dgn kak leez..dr my sis yg sulung sampai la sy kami telah menggunakan khidmat kak leez..kerana beliau adalah kakak sepupu kami..


Majlis RATU sehari saya juga diserikan dengan handbouqet yg menonjol..Series..HB saya berjaya menambah seri RATU sy..sy terjumpa fb fazila ketika godek2 fb dan terpaut dgn hasil sentuhan tgn beliau dlam mengubah HB..itulah kuasa internet..menghubungkan kita dgn pelbagai orang..thanx Fazila..HB you bertahan seminggu..



Thanx Ayu for your welcomeboard yg ohsem..dua2 WB tu sy order dr Ayu..again sy jumpa di fb


Makanan juga tidak ketinggalan dipuji..Alhamdulillah makanan yg dihidangkan berjaya membuat para tetamu yg bertandang kekenyangan dan cukup untuk semua..ramai yg memuji makanan dihari kejadian..terima kasih uncle Zainal..
Google: ZZ Jaya Catering

Tidak ketinggalan juga DJ yg sudi memeriahkan para tetamu sy..Abg Ghazali lagu-lagu anda berjaya menambat hati ayahanda sy..


Akhir sekali kepada ahli keluarga saya yg bertungkus lumus dr mula hingga ke majlis selesai..TERIMA KASIH tak tehingga..Sy sayang anda semua..

Wednesday, 5 December 2012

Dua Hati Menjadi 1: Kenangan Terindah 2012

Tahun 2012 meninggalkan kenangan yg terindah utk diri ini...Alhamdulillah tanggal 25.5.2012 Ana selamat menjadi isteri kepada Sang Arjuna..Tiada kata utk menggambarkan perasaan itu tatkala para saksi nikah mengatakan "SAH" kepada tok kadi..sungguh ketika saat itu, masih lagi tak percaya yang diri ini telah bertukar status..Dengan hanya sekali lafaz dari suami..andai dapat masa diundurkan kembali ingin ku ulang kembali detik ini..

Tarikh ni jugalah me and my sister nikah tapi lain waktu. Akak Ana time pagi, ptg plak Ana..Panjang kisah nikah bersama-sama ni..Kita anggap la jodoh sudah sampai katanya. Kami sepakat untuk memilih hari jumaat untuk mengikat ikatan yang halal ni..maka atas nasihat dari tok kadi qaria'h kami, kami split majlis nikah kami supaya majlis berjalan dengan lancar tanpa tergesa-gesa..almaklumla hari jumaat para arjuna akan menunaikan solat jumaat

Makanya tepat jam 3.30pm Ana selamat menjadi ISTERI pada Sang Arjuna..bertukarla status dr CIK ke PUAN..



 Kak Leez and crew gigih menyiapkan pelamin kami


 Hantaran dari kakak saya untuk abg ipar


 Pelamin kami diwaktu siang (Inspired dr pelamin Nabil Raja Lawak)


 Orang Kuat menanti rombongan


 Yeayy..Kakak saya da kawin

Tamat sudah sesi pagi..

Masuk pula sesi petang


 Ini pula hantaran saya dan suami (Warna keemasan dari saya dan biru dari suami)


Saya menerima mas kahwin dari suami..Hooreayyy dah kahwin


Ciuman pertama selepas bergelar suami isteri


Second shoot untuk OP







p/s: semua hantaran kami di DIY sendiri oleh kami sekeluarga kecuali sireh junjung yer..bagi Ana, sireh junjung memang penaik seri dimajlis perkahwinan





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink