Alhamdulillah lpas je majlis bsar sy disusuli pula dgn raya puasa n raya qurban, kini da bleh bernafas kembali...
mmg culas sket klu nk menyimpan sndiri ni, skejap je menyimpannya tu lpas tu akan dikorek balik..lg2 sy ni bekerja sambil belajar byk nk pkai duit...alhamdulillah dgn duit smpanan, sy dpat dahulukan utk membyar yuran belajar sy dgn hasil titik peluh sy sndri (berkat mama membebel suh menyimpan dr beli kereta)..mmg sy bangga dgn diri sy (hihihi tak salahkan nk menghargai diri sendiri?) Ini juga dikira muhasabah diri kerana melawan nafsu membeli belah...ye wanita dan shopping susah utk dipisahkan..but sometimes we have to reward ourself utk menaikkan semangat diri..hihihihi
First time sy dpat offer further study (PJJ) mmg mak sy tak dahulukan duit yuran, dan sy pn mmg tak nak menyusahkan keluarga krn sy fikir, sy da bekerja jd sy boleh berdikari dgn menggunakan duit sy sndiri..and that time mama takut sy blajar separuh jlan jer..coz before die pencen, ramai staff die blajar separuh jlan jer..so dia tak nak bnda yg sama terjadi dkat sy dan membazirkan duit...tp InsyaAllah sy akan cuba menghabiskan degree sy walaupn usia semakin meningkat kerana menuntut ilmu ni tak kira usia (eeiii..mcm la tua sgt)...
Alhamdulillah pada semester 4 mama membantu dr segi kewangan setelah melihat usaha sy yg berjaya melalui onak duri sbg pelajar dan pekerja selama 2 tahun...
Actually sy rancang nk kahwin after sy abeskan degree tp inilah yg dikatan Kita Hanya Merancang Tapi Allah yg Menentukan...kun fa ya kun sy berkahwin semasa di semester 6 (pjj sy selama 9 semester=4 1/2 tahun)
Jadi disini sy ingin berkongsi cara2 utk menyimpan dgn cara yg berkesan:
1. Tiap-tiap bulan pastikan smpan sikit duit dr gaji tak kira lah brapa byk pn...tp smpan dlam institusi bank yg mempunyai buku dan tiada ATM kad...sbg contoh Tabung Haji, ASB etc dan bg buku tersebut kpd org yg dipercayai utk smpan atau pgangkan...sbg contoh mak,ayah,adik beradik supaya kita tidak mengelat utk mengeluarkan duit dihujung blan
2. Buat smpanan utk jangka masa panjang..sbg contoh amek pakej takaful siap dgn saving skali...ha kan snang 2 in 1 gitu...kesihatan terjamin duit pn tersimpan...sekarang ni kn byk jer takaful with saving..apply la..sy da buat anda bila lg? Etiqa takaful, BSN Prudential etc yg ni slalunya bila da ckup masa bru kita boleh keluarkan
3. Utk yg ni smpan duit dkat salah satu institusi bank...tp yg ni buatlah ATM kad dimana yg ni kita panggil Duit Kecemasan...kita smpanlah sket duit kat dlam bank ni, manala tau kot2 de emergency kita boleh kluarkan tanpa mengusik duit yg lain...
4. Ok yg ni mmg tiap2 blan akan de potongan gji iaitu EPF bg pekerja swasta mcm sy...klau da byk duit dlam EPF (bg yg da bekerja lama or berpendapatan besar) boleh la cek kelayakan anda utk membuat safe investment through CIMB Wealth, MAA etc...utk menambah tabungan di hari tua...
Sy menulis utk tujuan peringatan kpd diri sy juga...
p/s: jgn lupa utk membuat penamaan disetiap simpanan anda yer...ingatlah org tersayang
1 comments:
yeah,simpan dalam unit amanah :)
Post a Comment