Tuesday, 27 November 2012

Perlu ke Merisik dan Bertunang ni?

Apa itu merisik? Merisik ni seperti bertanya khabar tp lbih kpada bertanya status si gadis sama ada masih single atau sudah berpunya.. Selalunya hanya wakil dari pihak lelaki bertandang ke rumah si gadis tanpa kehadiran si teruna..Selalunya wakil akan membawa tepak sireh dan sebentuk cincin sebagai tanda..kalau diterima oleh pihak si gadis maka disarungkan lah cincin tersebut pada si gadis sebagai tanda sudah di'booked'
Merisik ni amat popular dizaman nenek dan mak2 kita..ye la zaman mereka ni jodoh diaturkan keluarga..maka perlulah tahu status si gadis tersebut..zaman sekarang, ikut pilihan sendiri

Bertunang ni pulak apa? Bertunang ni pulak rentetan selepas majlis merisik tersebut..kira sebelah kaki tu dalam proses nak membina masjid..Rombongan lelaki akan datang dengan beberapa dulang hantaran seperti tepak sireh, sebentuk cincin dan mcm2 lagi..Dalam majlis ni pulak akan adanya perbincangan dari segi wang hantaran, dulang hantaran, mas kahwin, tarikh majlis dan mcm2 lg..

Merisik dan bertunang ni hanyalah adat tak buat pun tak apa..

Bagi Ana sendiri, memang Ana tak nak buat merisik dan bertunag beberapa jam sebelum nikah coz da sama2 kenal kan? Tapi perlu diingat, kita hanya kenal pasangan kita sahaja tapi kedua2 family tak kenal antara satu sama lain..
Mama juga nasihat kan,merisik ni macam sesi suai kenal antara kedua2 keluarga dizaman moden ni..Yela zaman mak2 kita dulu mereka da saling kenal tp anak mereka yg tak kenal antara satu sama lain..
Kalau jd apa2 senang la kita nak berbincang antara dua family ni kan..yela zaman sekarang ni dugaan dia macam2..kang segala persiapan da siap,pengantin lelaki plak tiba2 cancel kan majlis,tak ke haru dibuatnya..

Setelah difikir masak-masak maka pada 3 Syawal 1432 bersamaan November 2011 Ana telah pn dirisik oleh PIL..simple2 jer My hubby hanya bawak kek SR sebagai buah tangan. Dan Ana balas balik dgn sebakul buah dan hamper kuih (time rayakan so byk lah hamper2 kuih ni hypermarket)

Dan pada 29 Oktober 2011 Ana telah pun selamat bertunang dengan Mr hubby..Mr hubby bawa 7 dulang hantaran dibalas dengan 9 dulang dr Ana..mula-mula plan 5 balas 7 tp entah tiba-tiba je bertambah..layan je la

Jadi bagi pendapat Ana sendiri, merisik dan bertunang di zaman moden ni adalah untuk suai kenal dan mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua buah keluarga.

Nak mengimbau kembali zaman merisik dan bertunang ni..


Ni la cincin risik sy..kira da di'booked' la time ni



Rombongan Si teruna..yg tengah2 tu my MIL


Phewitt...MIL sarung kan cincin risik kat sy

Ok yang ni pula gambar tunang


Pelamin mini yg di DIY sendiri oleh kami adik beradik


Persalinan tunang sy...Sedih..kain yg sy idamkan tak menjadi..tailor tu tak pandai buat..



Ini MUA sy...Kak Hasma..sgt peramah


Ini lah sy selepas make up...sgt nebes time ni


Ini rakan-rakan department sy

Time tunang ni, sy tidak heboh kan coz baru bertunang kan, kalau jd apa-apa kita yg malu..Tapi ramai jugak la rakan-rakan yg marah coz tak beritahu mereka.. Mmg sy minta maaf sgt2 hormati permintaan si ibu..

Waktu tunang ni sy telah dapatkan khidmat photographer dan MUA untuk meriahkan lg majlis

Photographer : Azam Hashim Photography


Gambar-gambar ni dr kamera adik Ana..Nanti Ana upload gambar dr Bro Azam.. Sy selesa bekerja dgn org yg buat sy rasa selesa dan tidak kekok..Mereka juga sgt baik dan punctual..Ye sy suka mereka..

Entry ni dibuat kerana adik Ana akan di risik hari sabtu ni..1.12.12

p/s:thanx to my beloved friend coz sudi mengupload gambar2 sy Che Fatihah




7 comments:

CheFatihah said...

wow.....phewwit..muka sebelum...........

Adriana said...

tuuuttt...tiga dara pingitan...tp kini tidak lg..haha

afisya afida said...

salam . i'm your follower . merisik dan bertunang saya rasa perlu . hehe

Adriana said...

ye perlu

Nisah Idham said...

Salam..

teringat masa nisah di risik dulu..

pesan bakal pak mertua (masa tu)
"cincin merisik ni bukan lesen untuk buat macam suami isteri"

hehe terkesan jgk kata-katanya, tapi itulah nasihat berguna :)

ieyda said...

salam perkenalan...TQ sudi singgah kat blog i....

i rasa perlu kot sebagai tanda ikatan sebelum ke arah yang sah

Adriana said...

@Nisah Idham Ana pn dapat pesanan mcm tu jugak tp dr mak sendiri la

@ieyda salam kenal..sama2..thanx jugak coz sudi singgah sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink