Wednesday, 26 December 2012

Segmen : Memori 2012 Terpahat Di Ingatan


Ana telah ditag oleh Nurul Akmal untuk join segmen ni.

Memori 2012 yg terpahat diingatan? 
Mestilah banyakkkkkk..................2012 meninggalkan banyak memori yang indah..


1. Saya Farhana telah menjadi isteri yang sah kepada Rizaldi pada 25.5.2012. Syukur Ya Allah Engkau telah permudahkan urusan kami.


2. Impian Ana untuk naik kapal terbang juga tercapai...Terima kasih kat sang arjuna coz sudi bawa saya naik kapal terbang. Selama 25 tahun bernafas dibumi Allah tepat 16.7.2012 jam 13.55 saya naik kapal terbang saya yg pertama Air Asia..


Taraaa...jauhkan sit kami..maklumla first time naik kapal terbang lambat check in..

Muka excited dapat naik kapal terbang


Cik Abang saya juga puas

3. Bercuti bersama yg tersayang di Langkawi...Memandangkan pengalaman pertama kami naik kapal terbang bersama jadi kami memilih destinasi percutian yg berdekatan iaitu Langkawi.


Landmark yg wajib diterjah sebagai bukti berada di Langkawi..huhu


Hotel yg kami duduk. One Hotel Helang. Sebelah je dgn airport


Island Hopping yg best

Alhamdulillah tahun 2012 meninggalkan kenangan yang amat manis buat kami suami isteri. Perancangan kami berjalan dengan lancar. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya kami hanya merancang Engkau yg menentukanNya.

Ana nak tag Che Fatihah dan Intan Akma

Sunday, 23 December 2012

Puan Mengandung Ke?

Hari Jumaat yg lepas Ana telah diserang demam panas secara tiba-tiba. Bangun pagi tu da rasa lain macam. Tapi hujung tahun adalah bulan yg mencabar, gagahkan juga diri ni dtg opis. Lepas balik kerja baru singgah hospital kat Kg Baru utk ambil ubat. Oleh kerana keesokkannya adalah hari sabtu maka, malasla untuk berjumpa doktor, hanya mengambil ubat sahaja (jumpa doktor hanya bila da teruk dan untuk dapatkan MC). 

Maka nurse pun tanya ubat apa yang Ana nak.

Nurse : Puan nak ubat apa?
Ana : Ubat demam, ubat batuk, ubat sakit badan, ubat sakit tekak, ubat tahan muntah dan cream panas.
Nurse : Urmm..puan mengandung ke?
Ana : Sambil tercengang..tak..tak mengandung..
Motif? Mungkin kerana Ana telah meminta ubat tahan muntah.
Ubat tahan muntah tu just satndby coz next week nk pi hantar adik sepupu bertunang kat JB. Almaklumla kadang-kadang jalan jauh ni boleh buat kita rasa pening and nk termuntah.

Kat rumah pun adik beradik dok menyakat kata Ana mengandung. Alhamdulillah syukur sangat-sangat kalau  betul jadi. Tapi apakan daya Miss P lg seminggu nk say hello.

p/s : sekarang musim orang demam



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink