Wednesday, 5 December 2012

Pengalaman Sebagai Seorang Pelajar Separuh Masa

Sebagai seorang pelajar, perkara pertama yg diset diminda ketika kaki melangkah ke Universiti sudah tentu untuk mendapat keputusan yang cemerlang, kalau boleh setiap semester nak dapat anugerah dekan. Ia adalah satu motivasi untuk kita terus memburu kejayaan.

Namun kejayaan tidak selalu datang bergolek. Untuk memperolehnya kita kena berusaha kerana disitu lah pahit manis bergelar seorang graduan...

Sebagai seorang pelajar separuh masa, cuti hujung minggu dihabiskan untuk membuat revision, assignment, kuiz, test, hadir ke kelas dan sebagainya. Begitulah pengorbanan seorang pelajar separuh masa, mengorbankan cuti hujung minggu demi menuntut ilmu.

Sepanjang 7 semester bersamaan 3 1/2 tahun bergelar pelajar separuh masa membuatkan saya lebih matang dalam menjalani kehidupan seharian. Saya akan berjumpa dengan pelbagai orang dari pelbagai latar belakang keluarga. Dimana saya ada berjumpa dengan ibu yang mempunyai 5 orang anak yang masih kecil, tetapi tetap  gigih menuntut ilmu, seorang suami menemani isterinya ke kelas kerana keadaan isteri yg masih dalam pantang, seorang bapa yang mendapatkan bantuan anak untuk menjawab soalan bahasa arab, ayah dan anak bersama-sama mengulang kaji pelajaran dan bermacam-macam lagi.

Dari situ, terselit perasaan kagum terhadap mereka yang telah berkeluarga namun tetap gigih dalam mengejar ilmu. Disitulah terbit 'Menuntut Ilmu Tidak Kira Usia' 

Melalui semangat itu juga saya yang hampir hanyut dipertengahan semester, bangkit kembali dan mengharungi liku-liku demi menggenggam segulung ijazah.

Kepada rakan-rakan yang belajar part time jangan cepat berputus asa, lihat rakan-rakan disekeliling anda yang telah berkeluarga lihat semangat juang mereka dalam menuntut ilmu. Jadikan kejayaan mereka sebagai pembakar semangat.

Tahniah diucapkan kepada abang-abang dan kakak-kakak senior yang telah selamat berkonvokesyen..

Semoga tahun akhir saya berjalan dengan lancar.

Amin

Menghafal skrip untuk buat video

4 comments:

::EIDA:: said...

Rindu masa berkonvo dulu... heeeeeeeeee

Adriana said...

Ana plak tak sabar nak konvo tp lmbat lg huhu

Intan Akma said...

wah..course ape nih?bahasa arab ker?

Adriana said...

iye..kena amek third language

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink