Hari Jumaat yg lepas Ana telah diserang demam panas secara tiba-tiba. Bangun pagi tu da rasa lain macam. Tapi hujung tahun adalah bulan yg mencabar, gagahkan juga diri ni dtg opis. Lepas balik kerja baru singgah hospital kat Kg Baru utk ambil ubat. Oleh kerana keesokkannya adalah hari sabtu maka, malasla untuk berjumpa doktor, hanya mengambil ubat sahaja (jumpa doktor hanya bila da teruk dan untuk dapatkan MC).
Maka nurse pun tanya ubat apa yang Ana nak.
Nurse : Puan nak ubat apa?
Ana : Ubat demam, ubat batuk, ubat sakit badan, ubat sakit tekak, ubat tahan muntah dan cream panas.
Nurse : Urmm..puan mengandung ke?
Ana : Sambil tercengang..tak..tak mengandung..
Motif? Mungkin kerana Ana telah meminta ubat tahan muntah.
Ubat tahan muntah tu just satndby coz next week nk pi hantar adik sepupu bertunang kat JB. Almaklumla kadang-kadang jalan jauh ni boleh buat kita rasa pening and nk termuntah.
Kat rumah pun adik beradik dok menyakat kata Ana mengandung. Alhamdulillah syukur sangat-sangat kalau betul jadi. Tapi apakan daya Miss P lg seminggu nk say hello.
p/s : sekarang musim orang demam
21 comments:
Moga cepat sembuh..
musim hujan kan, tu yg senang kena demam & flu.. anak sy pun dah kena demam... risau :(
semoga cepat sembuh..@_@
semoga cepat sembuh ana
>> akak baru terperasan wajah baru blog ana, cantik !! akak suke (^_~)
semoga cepat sembuh...kalau btol2 peknen..best kan..heheh..mudahan..ameen
InsyaALLAH, mane lah taw ade rezeki...aminnn
@atie amin.semoga anak atie juga cpat sembuh
@baiyah amin
@kak nisah insyaallah amin.thanx kak
@kak intan alhmadulillah amin...sy meloncat2 gembira kalau betul
@nory amin
kalau mengandung pun ape salahnya kan. kan.. semoga cepat sembuh..
@masya kalau betul mengandung Alhamdulillah..gembira sgt..alhamdulillah da baik ari ni
semoga cepat sembuh.. semoga betul juga mengandung tu..hehe
btol.skarangmmg musim demam.sis baru jea baik dari demam :)
@Ecah alhamdulillah da sihat..amin kalau betul
@kak nik tu la kan kak sekarang mmg musim demam.dekat rumah tu berganti-ganti demam
semoga cepat semboh ye..
semoga cepat sembuh . .;)
skang memg musim demam...
p/s usaha tgga kejayaan ye
moga cepat sembuh yer dear
insha Allah ana,moga ada rezeki buat ana nanti ye..
cepat sembuh ye ana
@kak nora alhamdulillah da sihat
@keyrah akak da sihat
@kak mimie yeay..chaiyok2
@waniey alhamdulillah da sembuh
@mama aryan insyaallah amin
semoga cepat sembuh..salam kenal..drp blog Cik rose cute=)
@wan nurul salam kenal juga..alhamdulillah ana da sembuh
Post a Comment